RESEPI KERABU DAUN KUNYIT
Kerabu ada 2 jenis iaitu kerabu basah dan kerabu kering. Kerabu basah menggunakan santan manakala kerabu kering menggunakan kelapa yang digoreng.Bahan lain masih sama. Pernah makan kerabu daun kunyit tak? sesuai untuk berpantang...kerabu daun selom ke, daun pegaga ke masih menggunakan resepi yang sama. bahan pun mudah aje. Jom kita lihat resepi.
Bahan-bahan
daun kunyit yang dipotong/mayang nipis
isi ikan ( samada rebus@bakar)
bawang merah ditumbuk halus
lada hitam yang ditumbuk
cuka @ asam limau. (saya prefer campur)
garam
gula
(kalau ada kerang, boleh rebus kerang dan letak isi bersama.) tapi orang sakit tak boleh makan lah ya macam ni.
semua bahan digaulkan rata dahulu kemudian baru diletak daun kunyit yang telah dimayang halus.
rasakan masam manis masin...dah sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba ya...😍😍