RESEPI MOCHI SUKATAN MUDAH

 RESEPI MOCHI SUKATAN MUDAH


Mamaruss memang suka mencuba pelbagai resepi . Anak-anak pula memang sejenis yang suka mencuba. Adik Amir kata masak "Jepun" hari ni. hehehhe...dia sebut je yang terlintas. Ok jom kita lihat cara nak masak mochi. Agak leceh tang membalut dengan inti tu. Kena banyak bertabah ya..")


adunan dia cantik sgt macam kek
                                                                        dah siap bungkus


RESEPI MOCHI MUDAH

Bahan untuk dikukus:

1 Beg tepung pulut

1 cawan tepung jagung

1 sudu kecil garam

1 cawan air biasa


Bahan untuk digolek:

Tepung pulut disangai sehingga agak kekuningan.


inti/fillings:

kacang merah/ coklat/teratai


langkah-langkah:

1. Semua bahan tadi dikacau sehingga sebati. Kalau tidak cukup air,boleh tambah. Adunan tersebut lebih kurang macam kita buat kek.

2. Panaskan air kukusan. Asingkan dan letak perisa dan pewarna. Kalau suka plain, jadikan putih sahaja. Boleh guna perisa emulco pandan dan kegemaran masing-masing.

3. Kukuskan dalam lebih kurang 20 minit.

4. Masa masih suam, bolehlah dibungkus. Inti coklat akan jadi sukar sebab coklat akan mencair ketika mochi masih panas.

5 Letakkan mochi yang siap dikukus di atas pinggan yang diletakkan tepung pulut yang dah disangai. renjiskan tepung pulut dan balutkan mochi tadi. golekkan di dalam tepung pulut tapi jangan banyak sangat. Cukup membaluti dengan ringan sahaja.



Keadaan adunan mochi sebelum dikukus dan ditambah pewarna

ok selamat mencuba :)



Previous Post Next Post