RESEPI TAKOYAKI MUDAH RINGKAS DAN SEDAP MAMARUSS

 

TAKOYAKI cukup terkenal di Jepun dan mula disukai di Malaysia. Terdahulu dijual di AEON dan harganya agak mahal dan agak kayangan bagi yang ada anak ramai.

Kini dengan kemudahan online , bekas acuan boleh didapati di SHOPPEE dan bonito flakes juga boleh dibeli secara online. Ada sos dan tepung segera tetapi saya lebih prefer yang HOMEMADE. Tidak susah manapun. Tetap sedap .Jom cuba resepi yang sellau saya gunakan.

RESEPI TAKOYAKI KURITA

🌹🌹🌹

Sotong yang tokki tokma tangkap kat laut mama simpan lhas untuk buat takoyaki. Segar dan besar sotong ni. Ditangkap dengan rasa kasih dan sayang buat anak2 dan cucu😘😘. Seekor aje dah cukup👍🏻.

Akhirnya penantian mama menunggu bekas takoyaki berakhir☺️. beli di SHOPPE lah..mana lagi.Mama dah siapkan sos, sotong, sayur dan tepung takoyaki sebelum pergi ambil bekas kat sekolah tadi.

Jom kita tengok resepi takoyaki. Mana tau rasa nak buat kan. Simple je ni. Bahan mudah kat dapur.

TEPUNG TAKOYAKI
1 cawan Gandum
2 sudu tepung jagung
2 telur
1 cawan air
Garam sikit @kicap masin kipas udang 

Gaul rata semua agar tidak berketul. Nak whisk pun boleh tapi abg Adam guna lengan sado dia jer pukul cepat2 adunan tu🤭. Tapi mama ni biasalah kan,tak sukat pun😆. Rasa pekat sikit boleh tambah air ya. Adunan ni kena cair sikit baru sedap lembut.

SOS TAKOYAKI
1 cawan sos tomato
1 sudu penuh halia blend
1/2 sudu bwg putih blend
1/2 cawan Gula
1/2 Cawan kicap masin kipas udang( sepatutnya kicap jepun tapi belum sampai lagi ke jepun ni....alasan😆😆)
2 sudu asam jawa

SOS TAKOYAKI MAMARUSS🌹🌹🌹
( anak lebih suka yang mama olah ni)
Sos tomato
Sos cili
1 sudu halia blend
1/2 sudu bawang putih blend
Sos tiram
Gula
kicap masin kipas udang

Cara;
Masukkan semua bahan dan masak/ reneh  sehingga kepekatan yang dikehendaki. Rasa ikut citarasa masing2 ya...tak perlu garam pun. manis2 sikit sedap sangat.

SOTONG
MAMA guna sos macam yg diolab di atas tu ya. masak sotong tidak boleh lama nanti keras macam selipar jepun kata orang..ehhh ehhh pernah gigit ke 😂😂



2 Comments

Previous Post Next Post